
YB Zul Kulim dedah siapa arah fitnah PM jika terpaksa...
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin menegaskan beliau akan mendedahkan siapa mengarahkannya memfitnah untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribbu hanya jika perlu atau terpaksa.Katanya, beliau tidak menyebutkan nama siapa mengarahkannya berbuat demikian ketika bercakap di Dewan Rakyat, Rabu kerana beliau bercakap secara umum memberi gambaran budaya fitnah dalam politik.Bagaimanapun, selepas terus diasak wartawan ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, Khamis, Zulkifli memberitahu hanya akan mendedahkan perkara itu kalau perlu dan terpaksa.
Dakwaan YB Zul : Why do you ask me ? - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau tidak tahu menahu mengenai pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin bahawa dia telah diarah membuat akuan sumpah membabitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.“Tanya dialah. Siapa yang arah. I tak tahu. Dia tak sebut nama I. Why do you ask me? You should ask him,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi, Khamis, selepas kesnya liwatnya ditunda lagi.- KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - 25/3/2010
Polis akan soal Zulkifli Nordin berhubung tawaran fitnah Najib
Polis akan mengambil keterangan Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Nordin berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat pada Rabu bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata memandangkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak."Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri di Kuala Lumpur
PANAS…Zul Nordin dedah dapat tawaran goyah iman buat akuan sumpah babitkan PM–Rosmah kes Altantuya
Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin pula. Belum lagi bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan apabila Ahli Parlimen pembangkang membantah. Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali, Pasir Mas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan