
Patutlah rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari DAP dan PAS beria-ria sokong pelan 16 September untuk ambil alih kerajaan Pusat, rupa-rupanya dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Malah lebih hebat kerana nak jaga hati kawan-kawan, Ketua Pembangkang itu sanggup tawar jawatan tersebut kepada Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bukan mereka berdua sahaja, Anwar bakal wujudkan tiga Timbalan Perdana Menteri dengan satu lagi diberikan kepada seorang Ahli Parlimen dari seberang Laut Cina Selatan untuk mewakili Sabah dan Sarawak.
Cerita pasal jawatan tiga Timbalan Perdana Menteri itu pernah jadi bualan ketika pelan 16 September 2008 hangat diperkatakan.
Cuma ianya, cakap dengar atau ‘hearsay’.
Jika dulu ada yang percaya begitu juga sebaliknya tetapi apabila bekas sahabat Anwar yang juga ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dedahkan hal ini kepada Agendadaily, maka ada benarnya cerita-cerita demikian.
Ketika ditemui di ruanh rehat VIP di Parlimen Isnin, Zahrain mengakui cerita lantikan tiga timbalan perdana menteri itu juga diketahuinya sama seperti Anwar menjaja nama Yang di Pertuan Agong dan Panglima ATM.
Ditanya siapa pemimpin Sabah atau Sarawak yang dimaksudkan, ahli parlimen Bebas itu merujuk kepada kenyataan ahli parlimen Kimanis Datuk Seri Hanifah Aman yang mendakwa permah dipujuk Anwar bersama ahli parlimen lain untuk lompat parti.
Berikutan pendedahan itu Menteri Luar itu disaman oleh Anwar.
Menurut Zahrain, Ketua Pembangkang itu menyakinkan ahli-ahli parlimen pakatan rakyat kononnya ada akuan bersumpah wakil rakyat BN yang mahu lompat parti menjayakan Pelan 16 September.
Katanya, jumlah mereka 34 orang bahkan boleh bertambah kepada 40 orang.
Bagaimanapun Zahrain menegaskan, hanya mereka yang rapat dengan Anwar mengetahui perancangan sulit Ketua Pembangkang itu.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan