PEMUDA INDERA MAHKOTA

PEMUDA INDERA MAHKOTA

Selasa, 20 Disember 2011

Penyerahan kerusi roda kepada pesakit kronik di Chendor oleh Dato' KP IM

Dato' Suhaimi Sulong, Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota bertanya khabar dengan pesakit kronik di Chendor

Jumaat, 16 Disember 2011

Wakil Peserta Kursus dari PPUIM

Kursus anjuran Pemuda UMNO Pahang yg dihadiri oleh PPUIM

Ahad, 4 Disember 2011

Teks Ucapan Dasar Presiden Umno 2011

Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri……, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah….., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.

Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak…engga' bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.

Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Saudara dan Saudari,

i) 1946

Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.

Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Saudara dan Saudari,

ii) 1951

Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.

Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana  hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.

Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".

Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.

Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.

Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian

iv) 1957

UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Ucapan YAB Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pd Perhimpunan Agung UMNO 2011

" BERINGATLAH... Pilihan Raya ini adalah paling Getir dlm Sejarah Tanah Air, Pilihan yg dihadapkn kpd Rakyat adalah Pilihan Titik penentuan sama Ada kita mahu melihat masa depan yg Cerah benderang Bg Malaysia yg Maju dgn Memilih UMNO & BARISAN NASIONAL atau menempa jalan Tragis penuh kehancuran dgn memilih Pakatan Pembangkang..

BERINGATLAH juga, Pilihan yg bakal dibuat kali ini bukan sahaja tentang UMNO & BN tetapi kemuncak kpd semua itu adalah untung Nasib Umat Melayu serta Rakyat Malaysia keseluruhan; sama Ada kita melukut di tepi Gantang atau kita terus mencipta Kejayaan & Kemakmuran "..

Ucapan YAB Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pd Perhimpunan Agung UMNO 2011..

Jumaat, 2 Disember 2011

KPIM & G7 Pemuda @ Perhimpunan Agung UMNO 2011, PWTC

KPIM & G7 Pemuda @ Perhimpunan Agung UMNO 2011, PWTC

KPIM & G7 Pemuda IM Live @ Perhimpunan Agung UMNO 2011

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Dato' Suhaimi Sulong bersama G7 Pemuda, Sdr. Azmarul Adha bin Abdul Aziz di Perhimpunan Agung UMNO 2011

Faiz FanClub conquer Pentas Pidato!!

Selasa, 29 November 2011

Mantap dan Hebat!!

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Dato Suhaimi Sulong dan Ketua Pemuda UMNO Kuantan Dato Suffian Awang. Pemimpin muda yang hebat dan mantap.

Perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota di Persidangan Agung Pemuda UMNO

Senyuman semanis kurma Dato' Suhaimi Sulong, Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota mengetuai perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota di Persidangan Agung Pemuda UMNO

Perhimpunan Agung UMNO

Tahniah Faiz! Tahniah Pemuda UMNO Indera Mahkota ! Tahniah Pemuda UMNO Pahang!

Tahniah ! Muhammad Faiz Bin Hashim dari Pemuda UMNO Indera Mahkota yang mewakili Pemuda UMNO Pahang berjaya menduduki tempat ke -8 daripada 118 peserta di Seluruh Malaysia dan membawa balik Piala Iringan dan Wang Tunai RM500. (Gambar) Bersama Faiz FanClub

Faiz di Final Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri

Artis Zed Zaidi turut bersama menyaksikan Final Pidato Politik Piala Perdana Menteri

Finalis Pidato Politik Piala Perdana Menteri

Juri Pidato Politik Piala Perdana Menteri

Juri Profesional YB Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia), Dato Saifudin Abdullah(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datin Seri Norjuma

Tahniah! Pemidato Pemuda UMNO Pahang Layak ke Peringkat Akhir

Pemidato Muhammad Faiz Bin Hashim dari Pemuda UMNO Indera Mahkota, mewakili Pemuda UMNO Pahang Layak ke Peringkat Akhir setelah berhempas pulas dengan 31 peserta yang lain di peringkat separuh akhir.

Bersama Menteri Belia dan Sukan

Wakil Pemidato Pemuda UMNO Pahang, Muhammad Faiz Hashim dan Faiz FanClub bersama Menteri Belia dan Sukan.

Faiz Wakil Pemuda UMNO Pahang di Pidato Politik Piala Perdana Menteri Peringkat Separuh Akhir

Selasa, 22 November 2011

Wakil Zon Pantai Timur

Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri. Anjuran Unit Pidato Pemuda BN.

28 Nov - Separuh Akhir
29 Nov - Akhir

Jam : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Hendon, PWTC
Dewan Tun Razak, PWTC

Sabtu, 19 November 2011

Amanat Presiden@PWTC

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia

Pemenang Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Zon Pantai Timur.

Tahniah kepada Sdr Muhammad Faiz Hashim yg mewakili Pemuda Indera Mahkota telah memenangi Naib Johan Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Peringkat Zon Pantai Timur dan akan mewakili Pemuda Pahang ke Peringkat Kebangsaan.

Pemidato Pemuda Indera Mahkota

Muhammad Faiz Hashim berpidato mewakili. Pemuda Indera Mahkota di Pertandingan Pidato Politik Piala. Perdana Menteri

Faiz FanClub

Bersama Dato Abu Jimi, Dato Suhaimi Sulong, Sdr Lokman Adam,Sdr. Armand dan Faiz FanClub

Faiz FanClub

Pemidato Pemuda Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim bersama Faiz FanClub

Khamis, 17 November 2011

KPIM sebagai Penceramah dan VIP bagi Program Pemuda UMNO Terengganu di Medan, Indonesia

KPIM dan NKPIM bersama AJK Kelab UMNO Luar Negara Medan, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Lokman Adam dan KP Negeri Terengganu,

Selasa, 15 November 2011

Mesyuarat Pemuda UMNO Negeri Pahang

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Suhaimi Sulong selaku Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Pahang bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

Sabtu, 12 November 2011

Rabu, 9 November 2011

Sembang Kopi DUN Semambu

Pemuda UMNO Indera Mahkota meraikan kemenangan Malaysia vs Thailand di Restoran Shaz semasa program Sembang Kopi DUN Semambu.

Sembang Kopi DUN Semambu

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota Suhaimi Sulong sempat beramah mesra dan mencuba memasak burger yang ditempah pelanggan,

Sembang Kopi di Restoran Shaz, Bukit Sekilau bersama KPIM

Gembira meraikan gol pertama Malaysia menentang Thailand, Bolasepak Sukan Sea

Isnin, 7 November 2011

YB. Dato' Pang Tsu Ming, ADUN Semambu turut serta

Majlis Aqiqah di Surau An-Nur Lembah Sekilau

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Suhaimi Sulong bersama Ketua Pemuda UMNO Caw Lembah Sekilau, Muhammad Faiz Bin Hashim serta rakan-rakan jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian

Majlis Kesyukuran di Rumah AJK PPUIM, Sarif Abdullah

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Suhaimi Sulong bersama Dato KBIM dan Pengurusan Bahagian di Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah AJK PPUIM Sarif Abdullah.

Majlis Kesyukuran di Rumah AJK PPUIM, Sarif Abdullah

Ketua Pemuda, Suhaimi Sulong mencukur jambul anakanda Sarif Abdullah

Jumaat, 4 November 2011

Program Ziarah Mesra PPUIM di Kg. Alor Batu

Program Ziarah Mesra PPUIM di Kg. Alor Batu

Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Sdr Suhaimi Sulong memberi sumbangan dan bertanya khabar kepada penduduk kampung.
AKTIVITI PEMUDA UMNO INDERA MAHKOTA


Oktober 2008


29/10/08 Mesyuarat Khas Kali ke-1


November 2008

14/11/08 Perlawanan Bolasepak antara AJK PPUIM
vs Gugusan Indera Mahkota
19/11/08 Mesyuarat Penuh Pertama
30/11/08 Program Budi Dikenang Amanah Dijunjung


Disember 2008

4-17/12/08 Menghantar 100 buah kereta ke
HariPenamaan Calon Pilihanraya Kecil
Kuala Terengganu P-036

18/12/08 Lawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia ke rumah Allahyarham
Ketua Pemuda Balok Pine

14-15/12/08 Lawatan ke Pusat pemindahan banjir
di Sekolah Kebangsaan Cherating

20/12/08 Kursus Seminar Motivasi Pelajar Sekolah (Balok Maju)

23/12/08 Hari Raya Korban-PPUIM dengan AJK Bahagian

24/12/08 Mengadakan meyuarat Penuh Kali ke 2


JANUARI

4/1/09 Program Futsal Belia 4B dengan kerjasama Pemuda Indera Mahkota

21/1/09 Mengadakan meyuarat Penuh Kali ke 3

27/1/09 Majlis Sambutan Hari Kesyukuran Doa Selamat sempena Hari Ke-100 PPU Indera Mahkota.


Februari

15/Feb/ 2009 Lawatan ke Kg. Kubang Ikan menziarah mangsa rumah terbakar Kg Kubang Ikan

19hb/Feb/2009 Program “Menjunjung Setia” di PWTC


March

3hb/Mar/2009 Majlis Tahlil arwah Tok Pat Mat Nor di Kediaman Arwah

19hb-26hb/Mar/2009 Persidangan Agung Tahunan UMNO 2008 di PWTC

April

12hb/Apr/2009 Program Pemuda Cakna, Ketua Pemuda telah mengambil adik Mohd Suffian b. Johan sebagai anak angkat Pemuda Bahagian


12hb/Apr/2009 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota juga telah menganjurkan perlawanan bola sepak diantara Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota melawan Gugusan Balok di Padang ILP

16hb/Apr/2009 Menghadiri lawatan Y.A.B Dato Sri’ Najib Tun Abdul Razak ke Negeri Pahang di Padang MPK 1

16hb/Apr/2009
Pemasangan bendera UMNO dan Barisan Nasional sepanjang daripada Bangunan JUPEN hingga ke jambatan Beserah untuk menyambut kedatangan Y.A.B Perdana Menteri.

18hb/Apr/2009 Perlawanan Bola Sepak dengan Gugusan Cenderawasih di Padang Cenderawasih.

22hb/Apr/2009 Mengadakan Mesyuarat Penuh Kali ke-4
Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

28hb/Apr/2009 Perjumpaan dengan kelab skuter dan ego (bermotor)


Mei

1hb/Mei/2009 Menghadiri Program Sukan Rakyat Kg. Chendor dan Liga Bola Sepak Padang Bola Sepak Chendor

3hb/Mei/2009 Perlawanan Bola Sepak dengan Gugusan Beserah di Padang Satelit.

3hb/Mei/2009 Mengadakan Perlawanan Boling Piala Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota di Premium Lanes Kuantan Plaza.

7hb Mei 2009Melawat mangsa ribut di Balok.

9hb-16hb/Mei/2009 Menghantar wakil penyokong fanatik hoki untuk member sokongan kepada pemain negara
di Stadium Hoki Indera Mahkota.

10hb/Mei/2009 Mengadakan Mesyuarat Khas Kali ke-2
Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

10hb/Mei/2009 Mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua-Ketua Pemuda Cawangan bagi memberi penerangan tentang Persidangan Pemuda Cawangan yang akan berlangsung pada 15hb Mei 2009-15hb Jun 2009.

25hb/Mei/2009 Kejohanan Bola Sepak tertutup Sg. Ular
(14 pasukan) di Padang Bola Sepak Sg. Ular.


Jun

4hb/Jun/2009 Menghantar wakil (Hamdie Basri) ke mesyuarat Penolong Setiausaha-setiausaha Pemuda Bahagian kali Pertama di Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

5hb-7hb/Jun/2009 Menghantar wakil-wakil ke Kursus Asas Jentera Unit Pidato jam 10pagi di ILMU Janda Baik.

13hb/Jun/2009 Menghantar wakil ke seminar Sehari Pengurusan Jenazah anjuran BELIA 4B anjuran Belia 4B Cawangan Beserah dan UMNO Cawangan Beserah Tengah di Masjid Jamek Beserah.

20hb/Jun/2009
Program Anak Angkat UITM di Cherating.

20hb/Jun/2009 Perasmian Hari Anugerah SMK Baging oleh Saudara Suhaimi Sulong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di SMK Baging.

20hb/Jun/2009 Menyerahkan hadiah kepada pemenang bagi perlawanan video “Counter Strike” untuk cawangan Lembah Sekilau di Pusat Komputer Bukit Sekilau.

21hb/Jun/2009 Menghantar wakil Saudara Hamdie Basri bagi menyerahkan hamper untuk futsal pantai bagi cawangan Sg. Ular di Pantai Sg. Ular.

Julai

23hb/Julai/2009 Majlis Santai Durian dan Pengenalan Calon G-2 di Bangunan UMNO Indera Mahkota.

26hb/Julai/2009 Mesyuarat Perwakilan kali ke-6 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di Wisma Belia Indera Mahkota.

29hb/Julai/2009
Menghadiri Mesyuarat Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

30hb/Julai/2009 Menghantar wakil ke Majlis Perasmian Hari Terbuka Kolej Komuniti Kuantan 2009 dan menandatangani MOU bersama pihak industri di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan.

Ogos

2hb/Ogos/2009 Merasmikan seminar memperkasakan usahawan remaja Sri Perdana 2009 (Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sri Perdana) di Hotel Grand Continental Kuantan.

9hb/Ogos/2009
Mewakili Badan Perhubungan Negeri Pahang ke Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Paya Besar di Dewan Semai Bakti.

15hb/Ogos/2009 Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Sukpa.

13hb/Ogos/2009 Mesyuarat Khas Pergerakan Pemuda UMNo Bahagian Indera Mahkota di Pejabat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

16hb/Ogos/2009 Mengadakan pengagihan ‘mask’ untuk menhindarkan H1N1 di Lembah Sekilau di Sekitar Lembah Sekilau.

16hb/Ogos/2009 Program bersama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sg. Ular, mengadakan perlawanan Bola Sepak di Padang Sg. Ular


September

6hb/September/2009 Mengagihkan ‘mask’ H1N1 kepada orang ramai di. Diserahkan oleh Saudara Abu Jimi, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang. Di Bazar Ramadan Balok, Sungai Karang Pantai, Indera Mahkota dan di depan Masjid Besar Kuantan.

14hb/September/2009 Mengadakan sidang akhbar mengenai masalah cyber café yang masih menjalankan kegiatan haram.

19hb/September/2009 Menyerahkan sumbangan sempena Hari Raya kepada adik Sofian di kediamannya di Beserah.