Sabtu, 19 Januari 2013

PM Umum 7 perkara bagi pembangunan di Seluruh Kelantan. BN Janji Ditepati. PAS boleh ke buat begini? PAS Janji di Capati !!

PM Umum 7 perkara bagi pembangunan di Seluruh Kelantan. BN Janji Ditepati. PAS boleh ke buat begini? PAS Janji di Capati !!


Agak-agak apa yang pok nik kita fikir bila YAB PM kita dalam siri jelajah janji ditepati di Kelantan telah berjanji akan melaksanakan 7 perkara bagi pembangunan di Kelantan?Lebih dari 50,000 penduduk Kelantan telah keluar dan memenuhi RTC Kota Bharu bagi bertemu dengan pemimpin no 1 dan mendengar amanat beliau.

Dalam ucapannya YAB Dato' Sri Mohd. Najib b Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 7 perkara bagi pembangunan di seluruh Kelantan iaitu:

1. Membina Lebuhraya KB-Kuala Krai kerana  yakin lebuh raya rakyat oleh PAS akan jadi 'Lebuh Tipu Rakyat'.

2. Bersetuju membina Stadium baru menggantikan Stadium lama memandangkan stadium di Bukit Merbau adalah pelawok saja.

3. Membina Masjid Ikon terbesar akan dibina kerana Kerajaan BN tak mahu rakyat Kelantan terus berdosa kerana PAS membiarkan berhala mendahului masjid yang menelan belanja sebanyak RM50j.

4. Membina rumah rakyat sebanyak 3000 unit bersekali dengan rumah rakyat 1 Malaysia.

5. Membina Kampus UiTM Bandar seluas 14 ekar yang bakal menempatkan 5000 pelajar.

6. Akan memperkenalkan Bas Rapid Kota Bharu bagi menyelsaikan masalah pengangkutan awam.

7. Akan mengatasi masalah air yang meruncing di Kelantan.

Inilah Transormasi yang bakal di terima rakyat Kelantan sekiranya memberi mandat penuh kepada Kerajaan BN pada PRU 13 yang akan hampir tiba.Jesteru itu apa lagi yang hendak di fikirkan oleh Rakyat Kelantan adakah masih dengan taksub kepada pemimpin PAS yang langsung tidak mempedulikan kebajikan Rakyat!Makin meroyanlah kerajaan PAS Kelantan!

BN Pilihan Orang Muda!                    Sebuah "Janji Ditepati"

Sumber:

https://cucupokngohpok.wordpress.com/2013/01/20/pas-boleh-ke-buat-begini/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 15 Januari 2013

Perginya Seorang Pejuang. Pok Tor dalam Kenangan..

Perginya Seorang Pejuang!

Tanggal 14 Januari 2013 jam 11.30pagi,UMNO Bahagian Indera Mahkota kehilangan seorang Pejuang Parti yang disegani.Allahyarham Mokhtar Adam yang juga Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO Kg. Sg.Ular telah pergi buat selama-lamanya mengadap ilahi.
Perjuangan beliau terhadap anak bangsa amat dirasai semua terutama buat penduduk di Sg.Ular yang mana beliau seorang yang mudah didekati oleh semua lapisan Masyarakat.
Allahyarham juga merupakan AJK Bahagian yang paling lama berada dalam barisan Jawatankuasa semenjak dari Bahagian Kuantan lagi sehingga pecahan sempadan kepada Bahagian Indera Mahkota.
Takkala menahan kesakitan baru-baru ini,beliau di datangi oleh wakil dari PAS menawarkan beliau untuk mengubati penyakit beliau dengan syarat beliau menyertai PAS,tetapi beliau menolaknya demi perjuangan beliau terhadap Parti keramat UMNO.

Sesungguhnya sikap dan perjuangan Allahyarham harus dicontohi oleh semua pihak terutama golongan muda.Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Mokhtar Adam memohon agar Allah s.w.t meletakkanya bersama-sama para Ambiak.
Al-Fatihah….

Sumber:

http://cucupokngohpok.wordpress.com/2013/01/15/perginya-seorang-pejuang/
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 12 Januari 2013

Tun Mahathir Dedahkan 17 Rahsia Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Dedahkan 17 Rahsia Anwar Ibrahim

⁠
1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan "regime change",iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan "regime change" ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan "sanction" sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

⁠
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan "regime change" supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk "regime change"? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk "regime change" kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan "regime change" di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan "regime change" Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan "regime change" di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila "regime change" berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.


Sumber:

http://mediabera.blogspot.com/2013/01/tun-mahathir-dedahkan-17-rahsia-anwar.html

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari di Balok Makmur malam ini

Info Pemuda UMNO Indera Mahkota (PPUIM)

YB/YH Dato/Tuan dn Puan di jemput ke program Ceramah Isu Semasa, Perpaduan Mengikut Perspektif Islam oleh Ustaz Fathul Bari, Ulama Muda UMNO, malam ini

Tarikh : 13 Januari 2013,Ahad
Masa : 8.45 malam
Tempat : Sebelah Masjid Balok Makmur

1Malaysia Tolak Fitnah...

"ayuh kita semarakkan ceramah ini dgn ilmu yg boleh dimanfaatkan demi kepentingan Ummah"!! amin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang boleh dipersoalkan !

8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang boleh dipersoalkan !


1- Menuntut Pilihan Raya Adil & Bersih

-SPR sendiri telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam Sistem Pilihanraya. PRU12 dulu PR menang 5 negeri, kenapa tak pertikai SPR?

-Ini semua sebagai satu perancangan rapi utk menuduh SPR sekiranya PR tewas PRU13 nnti, tapi hakikat sebenarnya sememangnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR. Tapi jika PR menang mereka tak persoalkan pula. Prinsip apakah ini?


2- Bebaskan Tahanan ISA

-Tahanan yg ditahan mesti ada sebab tertentu yg boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini bagi memastikan tiada gerakan militan dan ancaman kepada keselamatan negara. Keselamatan rakyat dan negara perlu diutamakan.


3- Martabatkan Bahasa Ibunda

-Cukuplah kita mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara seperti mana yg termaktub dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu lambang perpaduan negara.


4- Menuntut Pendidikan Percuma

- Kenapa tak lakukan dahulu di UNISEL, Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR?? Cakap tak serupa bikin !!


5- Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi

- Siapa yang merobohkan Kampung Buah Pala? Sehingga menitiskan air mata!! Cakap tak serupa bikin !!


6- Selamatkan Alam Sekitar

- Apa yg terjadi di Hutan Pedu Kedah? Digondolkan bagi tujuan pembalakan sehingga sampai ke puncak! Cakap tak serupa bikin !!


7- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan

-Kerajaan Pusat sendiri telah menyatakan akan mengkaji semula pemberian royalti utk negeri2 di Pantai Timur. Jadi apa lagi?Perkara ini bukannya boleh diselesaikan sehari dua.


8- Selamatkan Felda

- Sepatutnya Kerajaan BN yg sewajarnya membuat Tuntutan utk Selamatkan FELDA daripada pihak2 yg cuba mengkucar kacir dan menghuru harakan penduduk FELDA.

-Kepentingan Penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Lihatlah sendiri kehidupan masyarakat FELDA hari ini yg rata2 sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yg diberikan kerajaan.

Ini semua jelas bahawasanya 8 tuntutan ini bukan lah tujuan sebenar perjuangan PR malah sebagai satu alasan menghalalkan cara untuk berhimpun menentang kerajaan. Inilah agenda kotor PR !!

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ternyata Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka tidak mendapat Sokongan Majoriti Rakyat Malaysia

Patut la Himpunan Kebangkitan Rakyat (Himpunan Shamsidar) PR tolak berhimpun di Stadium Bukit Jalil. Stadium Bukit Jalil terlalu besar buat mereka. Kalau berhimpun di Stadium Bukit Jalil akan nampak lompang2 kosong.

Di Stadium Merdeka maksimum kapasiti hanya boleh memuatkan 45K. Stadium Merdeka lebih kecil dan boleh nampak lebih ramai dan padat seolah olah mendapat sambutan yg begitu hangat utk menjatuhkan Kerajaan BN.

Kalau PR lapor dalam internet Himpunan mereka mencecah 250K, mana logiknya?? Kapasiti maksimum Stadium Merdeka adalah 45K. Takkan lah jumlah yg hadir 5 kali ganda lebih Stadium Merdeka. Agak-agak lah nak menipu pun. Ikut logik akal fikiran lah. Jangan lah nak perbodohkan rakyat sepertiman PR memperbodohkan pengikutnya. Rakyat Malaysia masih waras dan bijak menilai !

Hari ni saja di Pahang, Himpunan Rakyat 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang anjuran BN yang diadakan di Karak, Bentong saja mencecah 30K. Tu baru Peringkat Negeri, belum lagi BN buat di peringkat pusat.

Kalau standard PR buat himpunan peringkat pusat hanya 45K, perghhhh jauh pangang dari api la kononnya PR mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Ternyata Sokongan Majoriti Rakyat masih lagi memihak kepada BN.

Masih ingat lagikah Himpunan Ulangtahun UMNO ke 66 yg diadakan di Stadium Bukit Jalil pun dah mencecah 80,000 hadirin. Tu pun belum campur lagi MCA, MIC, Gerakan dan lain2 parti komponen.

Jadi Parti manakah yg mendapat sokongan Majoriti Rakyat Malaysia?

Boleh fikir dan nilai sendiri dgn fikiran yg lapang. :)


Muhammad Faiz Hashim
(Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 11 Januari 2013

Kejohanan Badminton Tertutup Bukit Sekilau

Kejohanan Badminton Tertutup Bukit Sekilau anjuran Pemuda UMNO Cawangan Lembah Sekilau dan Pemuda UMNO Cawangan Bukit Sekilau. Juara Kejohanan yg julung2 kali diadakan dimenangi oleh pasangan adik beradik Mohd Ihsan Sabri bin Ahmad dan Mohd Tarmizi bin Ahmad yg membawa pulang hadiah wang tunai dan hamper. Hadiah disediakan sehingga ke tempat ketigabelas. Hadiah disampaikan oleh Muhammad Faiz Hashim, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Indera Mahkota merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Lembah Sekilau. Menurut Muhammad Faiz, kejohanan seperti ini wajar diteruskan dari masa ke semasa bagi memupuk cara hidup yg sihat dikalangan anak2 muda seterusnya dapat menghindarkan terlibat dalam gejala2 negatif. Pada masa yg sama dapat merapatkan suilaturahim dikalangan ahli2 pemuda cawangan dan pemimpin2 pemuda di peringkat bahagian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sumbangan Beg Sekolah

Dato Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak-anak penduduk di Beserah dalam sesi lawatannya di Parlimen Indera Mahkota
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Contoh Pemimpin Sebenar

Dato Ahmad Maslan bersama pemimpin UMNO Bahagian Indera Mahkota makan bersila bersama-sama jemaah di Masjid Jamek, Beserah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Program Pemimpin Turun Padang

Dato Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri beramah mesra dengan masyarakat India di Air Putih, Parlimen Indera Mahkota.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone