PEMUDA INDERA MAHKOTA

PEMUDA INDERA MAHKOTA

Khamis, 25 Mac 2010

PEMUDA PAHANG BUAT LAPORAN POLIS!


22/3/2010 Jam 11.30 pg- Pemuda UMNO Pahang membuat laporan polis berkenaan pendedahan YB Zahrain berkaitan agenda sulit dan pembohongan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Sewajarnya Ketua Pembangkang tidak boleh mengheret institusi raja serta ketenteraan negara kita dengan mencemarkan nama Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera melalui kenyataan tidak berasas lagi tidak berfakta.
Add a caption
22/3/2010 Jam 11.30 pg- Pemuda UMNO Pahang membuat laporan polis berkenaan pendedahan YB Zahrain berkaitan agenda sulit dan pembohongan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Sewajarnya Ketua Pembangkang tidak boleh mengheret institusi raja serta ketenteraan negara kita dengan mencemarkan nama Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera melalui kenyataan tidak berasas lagi tidak berfakta.

PERBARISAN KONVENSYEN UMNO PAHANG

MESYUARAT KHAS DI BALOK

PROGRAM BOLASEPAK RTP BUKIT GOH


Programme Bolasepak diantara AJK Pemuda UMNO Bahagian Inderamahkota bersama Pemuda UMNO RTP Bukit Goh. 17/1/2010

PROGRAM MERISIK KHABAR DI CHENDOR

ORANG PALING TINGGI DI DUNIA



WOWWW!!! TINGGI NYA....Ketua Pemuda Umno Indera Mahkota bersama manusia paling tinggi di dunia..

PROGRAM H1N1


PROGRAM H1N1 BERSAMA KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PAHANG, SDR. ABU JIMI SAMAT.

PEMUDA PAHANG BUAT LAPORAN POLIS


22/3/2010 Jam 11.30 pg- Pemuda UMNO Pahang membuat laporan polis berkenaan pendedahan YB Zahrain berkaitan agenda sulit dan pembohongan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Sewajarnya Ketua Pembangkang tidak boleh mengheret institusi raja serta ketenteraan negara kita dengan mencemarkan nama Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera melalui kenyataan tidak berasas lagi tidak berfakta.
Add a caption
22/3/2010 Jam 11.30 pg- Pemuda UMNO Pahang membuat laporan polis berkenaan pendedahan YB Zahrain berkaitan agenda sulit dan pembohongan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Sewajarnya Ketua Pembangkang tidak boleh mengheret institusi raja serta ketenteraan negara kita dengan mencemarkan nama Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera melalui kenyataan tidak berasas lagi tidak berfakta.

KONVENSYEN UMNO PAHANG DI UITM JENGKA

GONG XI FA CAI


PEMUDA BARISAN NASIONAL MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

PROGRAM JUARA RAKYAT- BULAN PENDIDIKAN


PROGRAM JUARA RAKYAT BULAN PENDIDIKAN BERLOKASI DI BALOK

Majlis Pemuda UMNO Bah. Indera Mahkota turun ke akar umbi bertemu Pemuda Caw Sg Karang Pantai



Pada 8 March 2010, Pemuda UMNO INDERA MAHKOTA turun ke akar umbi bertemu dengan semua ahli Pemuda UMNO Cawangan Sungai Karang Pantai.

PANAS!!! PENDEDAHAN YB ZULKIFLI KULIM



YB Zul Kulim dedah siapa arah fitnah PM jika terpaksa...



Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin menegaskan beliau akan mendedahkan siapa mengarahkannya memfitnah untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya Shaaribbu hanya jika perlu atau terpaksa.Katanya, beliau tidak menyebutkan nama siapa mengarahkannya berbuat demikian ketika bercakap di Dewan Rakyat, Rabu kerana beliau bercakap secara umum memberi gambaran budaya fitnah dalam politik.Bagaimanapun, selepas terus diasak wartawan ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, Khamis, Zulkifli memberitahu hanya akan mendedahkan perkara itu kalau perlu dan terpaksa.




Dakwaan YB Zul : Why do you ask me ? - Anwar




Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau tidak tahu menahu mengenai pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin bahawa dia telah diarah membuat akuan sumpah membabitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.“Tanya dialah. Siapa yang arah. I tak tahu. Dia tak sebut nama I. Why do you ask me? You should ask him,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi, Khamis, selepas kesnya liwatnya ditunda lagi.- KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - 25/3/2010




Polis akan soal Zulkifli Nordin berhubung tawaran fitnah Najib






Polis akan mengambil keterangan Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Nordin berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat pada Rabu bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata memandangkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak."Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri di Kuala Lumpur








PANAS…Zul Nordin dedah dapat tawaran goyah iman buat akuan sumpah babitkan PM–Rosmah kes Altantuya




Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin pula. Belum lagi bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan apabila Ahli Parlimen pembangkang membantah. Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali, Pasir Mas

Orang lain boleh didakwa di mahkamah…orang ini tak boleh



"Mengambil tindakan dikatakan zalim, tak ambil tindakan, ini yang jadi.” – itu antara luahan rasa Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat Isnin melihat gelagat macam-macam Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini untuk memesongkan persepsi orangramai terhadap kes liwatnya termasuk pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa beliau tidak bersalah dan dianiaya.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong beliau membangkitkan bagaimana para pemimpin lain yang pernah dihadapkan ke mahkamah seperti bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokthar Hashim melalui proses mahkamah dengan penuh tenang.

"Jadi, orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang ini tak boleh sebab kononnya dia tak bersalah...jadi, ini adalah hari yang amat mengaibkan,katanya.


Menurutnya kerajaan berada dalam keadaan serba-salah untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Mengambil tindakan dikatakan zalim, tak ambil tindakan, ini yang jadi. Jadi yang pentingnya macam mana nak betulkan persepsi atau pandangan rakyat mengenai perangai dan tindak-tanduk Ketua Pembangkang ini,”katanya.

Ibrahim menegaskan kerajaan perlu ambil langkah bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar.

Katanya rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara.



Beliau hairan melihat ini semua berlaku kerana selama ini pihak pembangkang terutamanya beria-ia mahu melihat sistem kehakiman negara berjalan dengan baik tanpa diganggu gugat, telus dan dihormati oleh semua pihak sehingga Jawatankuasa Pelantikan Hakim dibentuk.



Serentak dengan itu Ibrahim mencadangkan supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

"Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 Sept, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau, kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang," katanya.


Ibrahim berkata, tidak ada siapa yang melebihi undang-undang di negara ini, malah Malaysia mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan Raja-raja Melayu.

"Sebab itu saya katakan wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja atau menjalankan inkues untuk menyiasat ataupun membuka kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat ini, betulkan fikiran rakyat ini, kononnya ketua pembangkang ini adalah satu tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia ini, orang lain tak layak jadi Perdana Menteri.

"Dan selagi mana dia tak dapat jadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku, dan saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya perbuatan ini nyata menghina mahkamah.

Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qaradawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ibrahim mencadangkan kerajaan mengambil langkah mempertemukan Saiful dengan Yusuf bagi membolehkan ulama terkenal itu mendapatkan gambaran sebenar mengenai kes itu.

Katanya tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 anggota Parlimen Australia yang mendesak agar tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan.

Ibrahim berkata beliau telah mengutus surat kepada anggota Parlimen Australia Micheal Danby yang merupakan pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negara bagi membantah campur tangan tersebut.

"Mengikut apa yang saya dapat dari website, Micheal Danby adalah dari bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi golongan gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu," katanya

Anwar tawar 3 jawatan Timbalan Perdana Menteri...




Patutlah rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari DAP dan PAS beria-ria sokong pelan 16 September untuk ambil alih kerajaan Pusat, rupa-rupanya dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Malah lebih hebat kerana nak jaga hati kawan-kawan, Ketua Pembangkang itu sanggup tawar jawatan tersebut kepada Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bukan mereka berdua sahaja, Anwar bakal wujudkan tiga Timbalan Perdana Menteri dengan satu lagi diberikan kepada seorang Ahli Parlimen dari seberang Laut Cina Selatan untuk mewakili Sabah dan Sarawak.


Cerita pasal jawatan tiga Timbalan Perdana Menteri itu pernah jadi bualan ketika pelan 16 September 2008 hangat diperkatakan.


Cuma ianya, cakap dengar atau ‘hearsay’.


Jika dulu ada yang percaya begitu juga sebaliknya tetapi apabila bekas sahabat Anwar yang juga ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dedahkan hal ini kepada Agendadaily, maka ada benarnya cerita-cerita demikian.


Ketika ditemui di ruanh rehat VIP di Parlimen Isnin, Zahrain mengakui cerita lantikan tiga timbalan perdana menteri itu juga diketahuinya sama seperti Anwar menjaja nama Yang di Pertuan Agong dan Panglima ATM.


Ditanya siapa pemimpin Sabah atau Sarawak yang dimaksudkan, ahli parlimen Bebas itu merujuk kepada kenyataan ahli parlimen Kimanis Datuk Seri Hanifah Aman yang mendakwa permah dipujuk Anwar bersama ahli parlimen lain untuk lompat parti.


Berikutan pendedahan itu Menteri Luar itu disaman oleh Anwar.


Menurut Zahrain, Ketua Pembangkang itu menyakinkan ahli-ahli parlimen pakatan rakyat kononnya ada akuan bersumpah wakil rakyat BN yang mahu lompat parti menjayakan Pelan 16 September.


Katanya, jumlah mereka 34 orang bahkan boleh bertambah kepada 40 orang.


Bagaimanapun Zahrain menegaskan, hanya mereka yang rapat dengan Anwar mengetahui perancangan sulit Ketua Pembangkang itu.-

MP Kinabatangan nafi ingin lompat parti jayakan rancangan 16 Sept


Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin Isnin menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan antara lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Bung Moktar berkata beliau juga tidak pernah berjumpa dengan mana-mana wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tujuan itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan besar.

"Saya tidak pernah jumpa mana-mana pihak PKR untuk melompat sebab saya bukan kaki lompat, saya kaki pukul...mana cakap tidak betul (dalam dewan) kita pukul sebab kita anak jantan, mesti berani punya.

"Saya tidak pernah terlibat sama ada pertembungan secara langsung kecuali saya terjumpa dengan ketua pembangkang dalam satu penerbangan, dia duduk depan dengan isteri, saya duduk belakang. Dia datang jumpa saya tanya apa khabar, saya cakap baik...bila nak ikut, ikut apa, dia kata sudah ada 30 orang, awak ada 30 orang bentuk kerajaanlah, itu sahaja," katanya.

Beliau membuat pendedahan itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu berkata tidak terlintas sedikitpun dalam fikiran beliau untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan dan mendesak agar anggota PKR yang lain bangkit daripada tidur dan angan-angan pembangkang itu.

"Saya minta kawan-kawan daripada PKR jangan lagi terpedaya. Bangkitlah daripada tidur, bangunlah daripada buaian mimpi kerana tiada satu parti ditubuhkan atas dasar benci, dendam boleh perintah negara, sebelum rakyat menghukum lebih teruk, kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan," katanya.

Bung Moktar turut mengucapkan tahniah kepada Zahrain yang kini menjadi wakil Bebas setelah keluar parti 12 Feb lepas dan menyifatkan Zahrain bertindak sedemikian kerana sudah mendapat petunjuk daripada Tuhan untuk ke landasan yang benar.

"Yang lain saya tidak boleh cakap belum ada petunjuk tetapi mungkin mereka belum terbuka hati mereka oleh Allah, saya simpati dengan mereka yang belum mendapat petunjuk, saya berdoa satu hari sebab tiada yang boleh ubah hati manusia selain daripada diri mereka dan Allah," katanya.

Khamis lepas, selain Bung Moktar, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut mendedahkan bahawa Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), serta seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat merupakan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan agenda pembangkang membentuk kerajaan pada 16 Sept 2008

Pandangan Haji Hadi mengenai Pelan 16 September




PAS menilai Pelan 16 September yang dipelopori Datuk Seri Anwar Ibrahim satu langkah politik biasa tidak menyalahi undang-undang ataupun etika berpolitik sekalipun Anwar turut mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui wartawan di lobi Parlimen Isnin mengakui beliau tahu mengenai pelan untuk mengambilalih Putrajaya menerusi tindakan lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan secara spesifik samaada tahu atau tidak Anwar mengunakan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tujuan itu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat secara langsung dalam arena politik, namun Seri Paduka tetap berhak mengetahui rancangan itu serta menolak atau menerimanya.

''Bagaimanapun Agong masih mempunyai peranan dalam politik. Yang di-Pertuan Agong juga berhak tahu, berhak terima ataupun menolaknya (rancangan 16 September). Memang kita bersama berusaha membuat rancangan itu," katanya.

Diminta mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat Rabu lalu beliau berkata pelan 16 September itu sebenarnya serupa dengan usaha BN untuk menguasai negeri-negeri yang diperintah pembangkang.-

1Malaysia-1Israel: Seminggu bagi Anwar jelaskan, Dewan Rakyat kecoh fasal 'anak jantan - anak betina!'...




Titah Yang Di Pertuan Agong ketika merasmikan Penggal ke 3, Sidang Parlimen ke 12 minggu lalu adalah meminta ahli parlimen menunjukkan sifat dan perilaku terpuji sebagai wakil rakyat ketika di Dewan Rakyat.

Namun ingatan Tuanku Mirzan Zainal Abidin sejak tiga penggal berturut-turut tidak dipedulikan ahli-ahli parlimen terutama barisan pembangkang yang sanggup menimbulkan kekecohan walaupun berbahas isu kecil.

Itulah yang berlaku Isnin, apabila kira-kira 70 minit masa perbahasan dihabiskan dengan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang gara-gara isu 1Malaysia ditiru slogan 1Israel serta meleret soal ‘anak jantan dan anak betina’.

Insiden bermula kira-kira jam 11.35 pagi apabila ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan peraturan Dewan menyatakan bawah perkara 37 (1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat.


Beliau meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan dakwaan itu ketika membahas usul menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong pada 17 Mac lalu menjelaskan hal tersebut.


Abdul Rahman membangkitkan soal hak dan tertib mesyuarat serta meminta ahli parlimen Permatang Pauh memberikan penjelasan kerana kenyataan yang memalukan dewan itu setelah APCO Worldwide, perunding yang dikaitkan menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan perkara itu

Tindakan itu menimbulkan bantahan wakil-wakil pembangkang dan cuba menghalangnya berhujah malah ahli parlimen DAP Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata Abdul Rahman tidak sepatutnya dibenarkan meneruskan hujahnya kerana beliau berdiri tanpa notis.

Beliau turut meminta supaya hujah Abdul Rahman dikeluarkan daripada hansard.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, menegur tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang dan meminta Abdul Rahman terus berhujah.

Pertelingkahan yang berlaku hampir 25 minit itu akhirnya reda apabila Timbalan Speaker berkata, Anwar perlu hadir ke dewan memohon maaf dan menjawab kembali dakwaan yang dibuat terhadap kerajaan minggu lalu.

“Yang Berhormat Permatang Pauh diberi tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau menarik semula kenyataan. Jika tidak barulah YB akan dirujuk ke Jawatankuasa Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen,” katanya.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu tersebut.

"Memandangkan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir, kita beri masa seminggu untuk beliau perbetulkan,” katanya.

Ahli Parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail kembali mencetuskan kekecohan apabila menggunakan cara sama dengan Abdul Rahman dan mendakwa Nazri semasa menggulung perbahasan Sidang Bajet 2009 dalam isu tuntutan royalti minyak melakukan ‘miss-leading’ menggunakan undang-undang yang sudah dibatalkan sebagai hujah.

Dalam erti kata lain beliau menuduh Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menipu dalam hujah jawapannya bagi menolak pemberian royalti kepada Kelantan.

Beberapa wakil rakyat pembangkang, antaranya, Gobalakrishan (PKR–Padang Serai) , Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangun dan mencelah sehingga menimbulkan suasana tegang dalam dewan.

Mereka meminta Nazri menjelaskan perkara itu atau dirujuk kepada Jawatankuasa Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen,

Tindakan ahli parlimen pembangkang itu semata-mata mahu mempertahankan Anwar yang dikenakan dakwaan serupa.

Keadaan semakin tegang apabila mereka meminta Nazri meminta maaf kerana ‘miss-leading’ yang dilakukan itu.

Nazri akhirnya bangun menjelaskan dakwaan itu tetapi mencetuskan satu lagi kekecohan apabila menggunakan perberbandingan jantan dan betina dalam jawapannya.


"Saya anak jantan, mengaku salah. Sudah tentu yang saya sebut dalam perbahasan saya berdasarkan jawapan yang mengelirukan. Saya rela disiasat, saya anak jantan, saya mengaku bersalah. anak betina di sana saya tidak tahu kenapa, takut sangat disiasat," katanya.


Jawapan spontan itu mendapat bantahan daripada daripada wakil-wakil wanita pembangkang yang menyifatkan ucapan Nazri itu bersifat seksis.

Berbalik dakwaan terhadap Anwar, jika beliau didapati bersalah, Ketua Pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Pertikaman lidah lebih sejam itu juga menyebabkan ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menghentak meja dan melayang kertas nota ucapannya kerana kekecohan itu mencuri masa beliau yang sepatutnya meneruskan perbahasan menjunjung kasih titah Yang diPertuan Agong.

Sebilangan besar ahli parlimen pembangkang turut keluar Dewan kerana tidak berpuashati dengan kekecohan itu ketika Ibrahim meneruskan perbahasan

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor


AL-FATIHAH...Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.27 malam ini setelah sekian lama mengidap sakit barah otak.Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor semasa zaman dalam BN dulu meninggal dunia di kediamannya di Kajang.Sebelum ini beliau beberapa kali menjalani rawatan di Pusat Perubatan Pantai.Ekoran kematian Allahyarham Dr Zainal,71 satu pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pulu diadakan dalam tempoh 60 hari.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 beliau menewaskan calon BN yakni Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel hanya 198 undi sahaja.Allahyarham mendapat 23,177 undi manakala Palani 22,979.Mengikut daftar pemilih Mac 2008 terdapat seramai 63,593 pengundi di kawasan parlimen berkenaan.Di kawasan Hulu Selangor BN memenangi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi kalah kerusi Parlimen.-25/3/2010
AKTIVITI PEMUDA UMNO INDERA MAHKOTA


Oktober 2008


29/10/08 Mesyuarat Khas Kali ke-1


November 2008

14/11/08 Perlawanan Bolasepak antara AJK PPUIM
vs Gugusan Indera Mahkota
19/11/08 Mesyuarat Penuh Pertama
30/11/08 Program Budi Dikenang Amanah Dijunjung


Disember 2008

4-17/12/08 Menghantar 100 buah kereta ke
HariPenamaan Calon Pilihanraya Kecil
Kuala Terengganu P-036

18/12/08 Lawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia ke rumah Allahyarham
Ketua Pemuda Balok Pine

14-15/12/08 Lawatan ke Pusat pemindahan banjir
di Sekolah Kebangsaan Cherating

20/12/08 Kursus Seminar Motivasi Pelajar Sekolah (Balok Maju)

23/12/08 Hari Raya Korban-PPUIM dengan AJK Bahagian

24/12/08 Mengadakan meyuarat Penuh Kali ke 2


JANUARI

4/1/09 Program Futsal Belia 4B dengan kerjasama Pemuda Indera Mahkota

21/1/09 Mengadakan meyuarat Penuh Kali ke 3

27/1/09 Majlis Sambutan Hari Kesyukuran Doa Selamat sempena Hari Ke-100 PPU Indera Mahkota.


Februari

15/Feb/ 2009 Lawatan ke Kg. Kubang Ikan menziarah mangsa rumah terbakar Kg Kubang Ikan

19hb/Feb/2009 Program “Menjunjung Setia” di PWTC


March

3hb/Mar/2009 Majlis Tahlil arwah Tok Pat Mat Nor di Kediaman Arwah

19hb-26hb/Mar/2009 Persidangan Agung Tahunan UMNO 2008 di PWTC

April

12hb/Apr/2009 Program Pemuda Cakna, Ketua Pemuda telah mengambil adik Mohd Suffian b. Johan sebagai anak angkat Pemuda Bahagian


12hb/Apr/2009 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota juga telah menganjurkan perlawanan bola sepak diantara Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota melawan Gugusan Balok di Padang ILP

16hb/Apr/2009 Menghadiri lawatan Y.A.B Dato Sri’ Najib Tun Abdul Razak ke Negeri Pahang di Padang MPK 1

16hb/Apr/2009
Pemasangan bendera UMNO dan Barisan Nasional sepanjang daripada Bangunan JUPEN hingga ke jambatan Beserah untuk menyambut kedatangan Y.A.B Perdana Menteri.

18hb/Apr/2009 Perlawanan Bola Sepak dengan Gugusan Cenderawasih di Padang Cenderawasih.

22hb/Apr/2009 Mengadakan Mesyuarat Penuh Kali ke-4
Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

28hb/Apr/2009 Perjumpaan dengan kelab skuter dan ego (bermotor)


Mei

1hb/Mei/2009 Menghadiri Program Sukan Rakyat Kg. Chendor dan Liga Bola Sepak Padang Bola Sepak Chendor

3hb/Mei/2009 Perlawanan Bola Sepak dengan Gugusan Beserah di Padang Satelit.

3hb/Mei/2009 Mengadakan Perlawanan Boling Piala Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota di Premium Lanes Kuantan Plaza.

7hb Mei 2009Melawat mangsa ribut di Balok.

9hb-16hb/Mei/2009 Menghantar wakil penyokong fanatik hoki untuk member sokongan kepada pemain negara
di Stadium Hoki Indera Mahkota.

10hb/Mei/2009 Mengadakan Mesyuarat Khas Kali ke-2
Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

10hb/Mei/2009 Mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua-Ketua Pemuda Cawangan bagi memberi penerangan tentang Persidangan Pemuda Cawangan yang akan berlangsung pada 15hb Mei 2009-15hb Jun 2009.

25hb/Mei/2009 Kejohanan Bola Sepak tertutup Sg. Ular
(14 pasukan) di Padang Bola Sepak Sg. Ular.


Jun

4hb/Jun/2009 Menghantar wakil (Hamdie Basri) ke mesyuarat Penolong Setiausaha-setiausaha Pemuda Bahagian kali Pertama di Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

5hb-7hb/Jun/2009 Menghantar wakil-wakil ke Kursus Asas Jentera Unit Pidato jam 10pagi di ILMU Janda Baik.

13hb/Jun/2009 Menghantar wakil ke seminar Sehari Pengurusan Jenazah anjuran BELIA 4B anjuran Belia 4B Cawangan Beserah dan UMNO Cawangan Beserah Tengah di Masjid Jamek Beserah.

20hb/Jun/2009
Program Anak Angkat UITM di Cherating.

20hb/Jun/2009 Perasmian Hari Anugerah SMK Baging oleh Saudara Suhaimi Sulong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di SMK Baging.

20hb/Jun/2009 Menyerahkan hadiah kepada pemenang bagi perlawanan video “Counter Strike” untuk cawangan Lembah Sekilau di Pusat Komputer Bukit Sekilau.

21hb/Jun/2009 Menghantar wakil Saudara Hamdie Basri bagi menyerahkan hamper untuk futsal pantai bagi cawangan Sg. Ular di Pantai Sg. Ular.

Julai

23hb/Julai/2009 Majlis Santai Durian dan Pengenalan Calon G-2 di Bangunan UMNO Indera Mahkota.

26hb/Julai/2009 Mesyuarat Perwakilan kali ke-6 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di Wisma Belia Indera Mahkota.

29hb/Julai/2009
Menghadiri Mesyuarat Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

30hb/Julai/2009 Menghantar wakil ke Majlis Perasmian Hari Terbuka Kolej Komuniti Kuantan 2009 dan menandatangani MOU bersama pihak industri di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan.

Ogos

2hb/Ogos/2009 Merasmikan seminar memperkasakan usahawan remaja Sri Perdana 2009 (Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sri Perdana) di Hotel Grand Continental Kuantan.

9hb/Ogos/2009
Mewakili Badan Perhubungan Negeri Pahang ke Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Paya Besar di Dewan Semai Bakti.

15hb/Ogos/2009 Mesyuarat UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Sukpa.

13hb/Ogos/2009 Mesyuarat Khas Pergerakan Pemuda UMNo Bahagian Indera Mahkota di Pejabat UMNO Bahagian Indera Mahkota.

16hb/Ogos/2009 Mengadakan pengagihan ‘mask’ untuk menhindarkan H1N1 di Lembah Sekilau di Sekitar Lembah Sekilau.

16hb/Ogos/2009 Program bersama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sg. Ular, mengadakan perlawanan Bola Sepak di Padang Sg. Ular


September

6hb/September/2009 Mengagihkan ‘mask’ H1N1 kepada orang ramai di. Diserahkan oleh Saudara Abu Jimi, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang. Di Bazar Ramadan Balok, Sungai Karang Pantai, Indera Mahkota dan di depan Masjid Besar Kuantan.

14hb/September/2009 Mengadakan sidang akhbar mengenai masalah cyber café yang masih menjalankan kegiatan haram.

19hb/September/2009 Menyerahkan sumbangan sempena Hari Raya kepada adik Sofian di kediamannya di Beserah.